About metastatic breast cancer

MEMAHAMI DIAGNOSIS KANSER
PAYUDARA METASTATIK ANDA

Sekiranya anda didiagnosis dengan kanser payudara metastatik, anda mungkin berada dalam keadaan terkejut namun ketahuilah anda tidak berseorangan. Di laman ini, kami menyediakan maklumat dan sumber untuk membantu anda memahami diagnosis dan rawatan anda, serta panduan untuk mempertimbangkan pilihanpilihan yang perlu anda buat.

KETAHUI FAKTA-FAKTA
MENGENAI KANSER
PAYUDARA METASTATIK

Maklumat di sini mungkin dapat membantu anda menjawab beberapa persoalan mengenai kanser payudara metastatik. Anda mungkin pernah menerima rawatan untuk kanser payudara peringkat awal atau anda mungkin didiagnosis buat pertama kalinya dengan kanser payudara metastatik.

Walau apa pun diagnosis anda, fakta-fakta berikut mengenai kanser payudara metastatik tetap sama:

  • Kanser payudara metastatik ialah peringkat kanser payudara lanjut dan berlaku apabila penyakit itu merebak ke bahagian badan yang lain1,2.
  • Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah kanser payu dara. Tidak seperti kanser yang dikesan pada peringkat awal, kanser payu dara metastatik merupakan penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan1.
  • Matlamat rawatan kanser payu dara tahap 4 adalah untuk mencegah pembesaran kanser metastatik dan menghalang penularan lebih lanjut supaya anda dapat menikmati kehidupan berkualiti.
  • Pengalaman setiap orang adalah berbeza – anda tidak semestinya mengalami simptom kanser payudara, kesan sampingan dan rawatan yang sama dengan pesakit lain1.

SOALAN LAZIM

Apakah simptom kanser payudara tahap 4?

Simptom kanser payudara metastatik berbeza-beza mengikut individu dan lokasi kanser yang telah tersebar. Simptom boleh merangkumi sakit kepala, penurunan berat badan yang tidak dijangka, dan juga sawan. Sila rujuk dengan doktor anda jika anda mendapati apa-apa yang tidak normal, terutamanya jika anda pernah mengalami kanser sebelum ini

Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kanser payudara metastatik tersebar?

Kanser yang berlainan akan tersebar dengan kadar yang berbeza. Masa berganda kanser payudara adalah diantara 50 hingga 200 hari. Ini bermaksud jika anda telah didiagnosis dengan kanser payudara, anda berkemungkinan sudah mendapatinya beberapa tahun yang lepas.

Bagaimanakah cara untuk mulakan hidup baru dengan kanser payudara metastatik?

Kanser payudara metastatik merupakan penyakit yang tidak dapat disembuhkan, tapi itu tidak bermaksud kualiti kehidupan anda perlu terjejas selepas diagnosis anda. Selepas rawatan, kami menggalakkan anda untuk menyertai kumpulan sokongan yang boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, seperti cara untuk beritahu keluarga dan rakan-rakan anda, dan cara untuk meneruskan kehidupan seharian.

Apakah sokongan yang tersedia untuk diagnosis kanser payudara metastatik tahap 4 di Malaysia?

Terdapat pelbagai perkhidmatan di Malaysia, termasuk di Thrive, yang memberikan sokongan untuk mereka yang didiagnosis dengan kanser payudara metastatik tahap 4. Contohnya, buku ‘Through My Eyes’ daripada kami merupakan koleksi cerita daripada wanita yang hidup dengan kanser payudara. Sila layari halaman sokongan kami untuk maklumat lanjut.

Rujukan

  1. National Breast Cancer Foundation Australia (2020). Stage 4- Metastatic Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://nbcf.org.au/about-breast-cancer/diagnosis/stage-4-advanced-or-metastatic-breast-cancer/.
  2. Australian Government Cancer Australia (Ogos 2020) Metastatic Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.canceraustralia.gov.au/affected-cancer/cancer-types/breast-cancer/types/metastatic-breast-cancer.