TERMA KANSER PAYUDARA METASTATIK
- A-B-C-E
- H-I-K
- M-N-P-R
- S-T-U
Anemia
Bilangan sel darah merah yang rendah boleh menyebabkan keletihan, lemah badan atau sesak nafas
5.
Biopsi
Pengambilan sampel tisu untuk ujian menentukan sama ada ia mengandungi sel kanser atau untuk menguji penanda genetik
3,5.
Bisfosfonat
Juga dikenali sebagai rawatan pengerasan tulang atau penguat tulang. Ubat ini membantu melambatkan atau mencegah kerosakan tulang. Ia juga mengurangkan tahap kalsium
5.
Cyclin-dependent kinase Inhibitor (CDK inhibitor)
CDK 4/6 inhibitor adalah sejenis rawatan yang berperanan membantutkan pertumbuhan dan pembahagian sel terutama sel kanser dengan menyekat tindakan protein yang dinamakan CDK 4 dan CDK 6
6,7.
Estrogen
Salah satu daripada dua hormon seks wanita (satu lagi ialah progesteron). Estrogen bertindak dalam badan melalui reseptor estrogen
3,5.
Episod berulang
Apabila kanser kembali selepas tidak dapat dikesan untuk suatu tempoh masa,ia mungkin berlaku beberapa bulan atau beberapa tahun selepas rawatan awal. Kanser boleh berulang di tempat ia mula muncul atau di tempat lain dalam badan
5.
HER2
Singkatan untuk reseptor faktor pertumbuhan epidermis manusia 2 (human epidermal growth factor receptor 2). HER2 ialah protein yang terlibat dalam pertumbuhan normal sel. Sesetengah sel kanser payudara mengandungi lebih banyak reseptor HER2 berbanding sel normal. Ini dipanggil HER2-positif (HER2+). Jika kanser anda tidak mempunyai HER2, ia dipanggil HER2-negatif (HER2-)
5.
Imbasan CT
Singkatan untuk imbasan "tomografi berkomputer" menggunakan siri sinar-X untuk menghasilkan gambaran terperinci bahagian dalam badan. Anda mungkin akan diberikan pewarna (sama ada untuk ditelan atau sebagai suntikan) supaya imej tisu dan organ kelihatan lebih jelas
5.
Imbasan MRI
Singkatan untuk imbasan ‘pengimejan resonans magnetik’ (magnetic resonance imaging). Menggunakan radiasi dan magnet yang kuat untuk menghasilkan gambar terperinci organ di dalam badan
5.
Imbasan PET
Singkatan untuk imbasan ‘tomografi pancaran positron’ (positron emission tomography). Sedikit cecair radioaktif disuntik ke dalam salur darah dan pengimbas akan mengambil gambar terperinci yang boleh digunakan untuk mencari keabnormalan dalam badan
5.
Kanser payudara lanjutan
Kanser payudara lanjutan biasanya merujuk kepada kanser payudara metastatik (juga dikenali sebagai kanser payudara Tahap IV). Kanser payudara yang merebak setempat di kawasan payudara, tetapi tidak merebak ke organ dan tisu yang jauh, sering dirujuk sebagai ‘kanser payudara lanjutan setempat’ (atau kanser payudara Tahap III)
1-4.
Kemoterapi
Rawatan yang memusnahkan sel-sel kanser dengan menggunakan ubat sitotoksik (antikanser)
5.
Kiraan darah yang menyeluruh
Ujian darah untuk menentukan kuantiti setiap jenis sel darah dalam sampel darah. Juga dikenali sebagai kiraan sel darah
5.
Kanser payudara peringkat awal
Kanser payudara yang belum merebak ke kawasan luar payudara atau nodus limfa aksilari
3,5.
Kanser payudara metastasis
Ini adalah kanser yang telah merebak daripada payudara ke bahagian badan yang lain. Ia juga boleh dirujuk sebagai kanser payudara sekunder, kanser payudara tahap IV (atau Tahap 4) atau kanser payudara lanjutan
1,3,5.
Kanser payudara sekunder
Nama lain untuk kanser payudara metastatik
1,5.
Kanser payudara Tahap III
Kanser yang telah merebak ke sekitar kawasan luar payudara dan nodus limfa, tetapi belum sampai ke organ yang jauh. Juga dikenali sebagai kanser payudara lanjutan setempat
4,5.
Kanser payudara Tahap IV
Kanser payudara pada tahap yang paling lanjut – apabila ia telah mengalami metastasis
1,5.
Metastasis
Tumor yang berlaku apabila kanser merebak dari tempat ia bermula dalam badan. Contohnya, apabila kanser payudara merebak dari payudara ke tulang, keadaan ini digelar metastasis dan tumor dalam tulang dirujuk sebagai metastasis tulang
5.
Nodus limfa
Adalah sebahagian daripada sistem limfatik iaitu komponen sistem imunisasi badan. Kelenjar ini berfungsi untuk menyaring cairan limfatik untuk menghentikan penyebaran bakteria. Nodus limfa boleh menjadi besar atau radang mungkin menandakan kanser merebak . Ia penting untuk membantu menilai tahap kanser anda
5.
Progesteron
Salah satu daripada dua hormon seks wanita (satu lagi ialah estrogen). Progesteron bertindak dalam badan melalui reseptor progesteron
3,5.
Progresif penyakit
Apabila saiz tumor meningkat dan/atau kanser merebak dalam badan, ini digelar sebagai progresif penyakit
5.
Reseptor hormon (Hormone Receptor, HR)
Protein dalam sel anda yang mengikat pada hormon tertentu (estrogen atau progesteron). Sebaik sahaja hormon itu terikat pada reseptornya, pelbagai perubahan akan berlaku di dalam sel. Jika kanser anda merebak sebagai respons kepada hormon estrogen, kanser anda juga boleh dipanggil reseptor estrogen positif (ER-positif atau ER+). Sekiranya kanser anda merebak sebagai respons kepada hormon progesteron, ia boleh dipanggil reseptor progesteron positif (PR-positif atau PR+)
5.
Radioterapi
Penggunaan radiasi tenaga tinggi untuk membunuh sel kanser dan mengecutkan tumor. Juga dikenali sebagai terapi radiasi
5.
Relaps
Apabila kanser kembali selepas keadaan bertambah baik untuk suatu tempoh masa
5.
Remisi
Apabila tumor mengecut, ia dirujuk sebagai remisi separa. Jika tumor mengecut sehingga tidak dapat dikesan oleh ujian dan imbasan, ia dirujuk sebagai remisi lengkap
5.
Sinar-X
Jenis radiasi yang digunakan untuk mengambil gambar atau radioterapi. Mamogram menggunakan dos sinar-X yang rendah
5.
Terapi antihormon
Rawatan untuk menghentikan atau melambatkan pertumbuhan tumor yang sensitif pada hormon. Bertindak dengan menghalang keupayaan badan untuk menghasilkan hormon atau mengganggu tindakan hormon, juga dikenali sebagai terapi endokrin atau terapi hormon
5.
Terapi endokrin
Rawatan untuk menghentikan atau melambatkan pertumbuhan tumor yang sensitif pada hormon. Bertindak dengan menghalang keupayaan badan untuk menghasilkan hormon atau dengan mengganggu tindakan hormon. Juga dikenali sebagai terapi antihormon atau terapi hormon
5.
Tahap
Tahap kanser (I–IV atau 1–4) digunakan untuk menggambarkan sejauh mana kanser telah merebak dalam badan anda
5.
Terapi sasaran
Rawatan yang menyasarkan ciri-ciri khusus sel kanser bagi menghalang pertumbuhan dan pembahagian sel kanser
3,5.
Ubat antiemetik
Ubat untuk mengurangkan atau mencegah loya
5.
Ultrabunyi
Imbasan yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan gambar bahagian dalam badan
5.
Rujukan
- National Breast Cancer Foundation Australia (2020). Stage 4- Metastatic Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://nbcf.org.au/about-breast-cancer/diagnosis/stage-4-advanced-or-metastatic-breast-cancer/.
- Australian Government Cancer Australia (Ogos 2020) Metastatic Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.canceraustralia.gov.au/affected-cancer/cancer-types/breast-cancer/types/metastatic-breast-cancer.
- Breast Cancer Network Australia. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.bcna.org.au/understanding-breast-cancer/glossary-of-breast-cancer-terms.
- Australian Government Cancer Australia (Aug 2020) Stages of Breast Cancer. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.canceraustralia.gov.au/affected-cancer/cancer-types/breast-cancer/diagnosis/stages-breast-cancer.
- National Cancer Institute (2020). NCI Dictionary of Cancer Terms. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.cancer.gov/publications/dictionaries/cancer-terms.
- Cadoo, KA., Gucap, A. &Traina, T A. (2014) Palbociclib: an evidence-based review of its potential in the treatment of breast cancer. Breast Cancer (Dove Med Press) 6:123-133. DOI: 10.2147/BCTT.S46725
- About IBRANCE. How IBRANCE works. Diakses pada 18 Ogos 2020 dari laman https://www.ibrance.com/about-ibrance.

