Terma penggunaan

Terma Penggunaan

Selamat datang ke Laman Web Pfizer. Maklumat yang disediakan di laman web ini hanya untuk tujuan pengetahuan umum dan pendidikan sahaja. Sila baca dan semak Terma Penggunaan dengan teliti sebelum mengakses atau menggunakan laman web ini. Dengan mengakses atau menggunakan laman web ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perjanjian Terma Penggunaan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan, anda tidak boleh mengakses atau menggunakan laman web ini.

  1. Penggunaan Laman Web
    Maklumat yang disediakan di laman web ini adalah untuk tujuan pengetahuan umum dan pendidikan. Bahagian tertentu dalam laman web ini bertujuan untuk khalayak tertentu, termasuk pekerja, pelanggan dan pemegang saham Pfizer, serta anggota komuniti penjagaan kesihatan dan orang awam. Akses anda dan penggunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web adalah tertakluk kepada Perjanjian Penggunaan Syarat ini. Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda menerima, tanpa batasan atau kelayakan, Perjanjian Terma Penggunaan ini.
  2. Kandungan
    Pfizer akan menggunakan usaha-usaha yang munasabah untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini di laman web ini tetapi tidak membuat sebarang jaminan atau keterangan bahawa maklumat itu adalah tepat, terkini atau terlengkap. Anda bersetuju bahawa akses dan penggunaan laman web ini dan kandungannya adalah pada risiko anda sendiri. Pfizer secara khusus menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, termasuk jaminan kebolehdagangan untuk tujuan tertentu. Pfizer dan mana-mana pihak yang terlibat dalam membuat, menghasilkan atau menyediakan laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, termasuk tanpa had, kerosakan langsung, sampingan, berbangkit, tidak langsung atau punitif, yang timbul daripada akses, penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web ini, atau apa-apa kesilapan atau maklumat yang ketinggalan dalam kandungannya. Batasan ini merangkumi ganti rugi kepada, atau untuk mana-mana virus yang menjangkiti peralatan komputer anda.
  3. Pelepasan Tanggungan
    Anda bersetuju untuk mempertahan, dan melepaskan Pfizer dan pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan rakan pihak ketiga Pfizer daripada dan terhadap semua kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk bayaran peguam yang berpatutan, akibat daripada sebarang pelanggaran oleh anda terhadap Syarat Penggunaan ini.
  4. Privasi
    Pfizer menghormati privasi pengguna laman webnya. Sila rujuk kepada Dasar Privasi Pfizer yang menerangkan hak dan tanggungjawab pengguna berkenaan dengan maklumat yang didedahkan di laman web ini. Untuk membaca Dasar Privasi kami, sila klik sini.
  5. Laman Web dan Pautan Pihak Ketiga
    Laman web ini mungkin mengandungi pautan atau rujukan kepada laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang berada di luar kawalan Pfizer. Pautan berkenaan disediakan semata-mata sebagai kemudahan. Begitu juga, laman web ini boleh diakses dari pautan pihak yang berada di luar kawalan Pfizer. Pfizer tidak membuat sebarang jaminan atau representasi bahawa maklumat yang terkandung dalam laman web berkenaan adalah tepat, terkini, dan lengkap dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi atau kecederaan dalam apa-apa bentuk sekalipun yang timbul daripada kandungan atau maklumat itu. Kemasukan mana-mana pautan pihak ketiga tidak bermaksud ia sebuah pengesahan atau cadangan oleh Pfizer.
  6. Maklumat Kesihatan
    Laman web ini mungkin mengandungi maklumat umum yang berkaitan dengan pelbagai keadaan perubatan dan rawatan mereka. Maklumat sedemikian disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat yang disediakan oleh doktor atau profesional penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan. Anda tidak boleh menggunakan maklumat yang terkandung di sini untuk mendiagnosis masalah kesihatan atau kecergasan atau penyakit. Anda perlu berunding dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan lain.
  7. Pernyataan Berkenaan Masa Hadapan (Forward Looking Statements)
    Laman web ini mungkin mengandungi pernyataan berkenaan masa hadapan yang tertakluk kepada risiko dan ketakpastian yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang diramalkan, termasuk risiko yang dilaporkan dalam laporan tahunan Pfizer Inc. yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat ("SEC"), termasuk laporan terbaru Pfizer Inc. yang difailkan dengan SEC.
  8. Maklumat Tidak Sulit
    Tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat terpakai yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami, apa-apa bahan komunikasi atau bahan lain yang anda hantar kepada kami melalui internet atau pos di laman web melalui mel elektronik atau sebaliknya, seperti apa-apa soalan, komen, cadangan atau sebagainya, adalah dan akan dianggap tidak sulit dan Pfizer tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab berkenaan dengan maklumat tersebut. Pfizer boleh menggunakan sebarang idea, konsep, pengetahuan atau teknik yang terkandung dalam komunikasi sedemikian untuk apa jua tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, membangunkan, membuat dan memasarkan produk.
  9. Tanda Dagangan
    Semua nama produk, sama ada terdapat atau tidak dalam cetakan besar atau dengan simbol tanda niaga, merupakan tanda dagangan Pfizer, sekutunya, syarikat-syarikat yang berkaitan atau pemberi lesen atau rakan usahasama, melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Penggunaan atau penyalahgunaan tanda dagangan ini atau apa-apa bahan lain, kecuali yang dibenarkan di sini, adalah dilarang dan mungkin melanggar undang-undang hak cipta, undang-undang tanda dagangan, undang-undang libel dan slander, undang-undang privasi dan publisiti serta statut dan peraturan komunikasi. Sila ambil perhatian bahawa Pfizer menguatkuasakan secara aktif dan agresif hak harta intelektualnya sehingga batas yang dibenarkan undang-undang.
  10. Hak Cipta
    Keseluruhan kandungan laman web ini tertakluk kepada perlindungan hak cipta. Hak Cipta © 2002-2004 Pfizer Inc. Hak cipta terpelihara. Kandungan laman web ini tidak boleh disalin selain untuk rujukan individu bukan komersil dengan semua hak cipta atau notis proprietari lain disimpan, yang kemudiannya tidak boleh disalin, dibuat atau diterbitkan semula. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di atas, anda tidak boleh menyalin, memaparkan, memuat turun, mengedarkan, mengubah, mencetak, menerbitkan semula atau menghantar semula apa-apa maklumat, teks atau dokumen yang terkandung dalam laman web ini atau mana-mana bahagiannya dalam mana-mana media elektronik atau dalam salinan cetak, atau membuat apa-apa karya derivatif berdasarkan imej, teks atau dokumen itu, tanpa keizinan bertulis daripada Pfizer. Tiada apa-apa yang terkandung di sini yang akan dianggap sebagai memberi melalui implikasi, estoppel atau sebaliknya, apa-apa lesen atau hak di bawah mana-mana paten atau tanda dagangan Pfizer, atau mana-mana pihak ketiga.
  11. Tidak Sah Jika Dilarang
    Laman web ini dan kandungannya bertujuan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan di Malaysia. Walaupun maklumat di laman web ini boleh diakses oleh pengguna di luar Malaysia, maklumat mengenai produk Pfizer bertujuan untuk digunakan hanya oleh penduduk Malaysia. Negara lain mungkin mempunyai undang-undang, keperluan pengawalseliaan dan amalan perubatan yang berbeza daripada di Malaysia. Laman ini dipautkan ke laman web lain yang dihasilkan oleh pelbagai bahagian operasi dan anak syarikat Pfizer, sebahagiannya berada di luar Malaysia. Laman web tersebut mungkin mempunyai maklumat yang sesuai hanya untuk negara yang berkenaan. Pfizer mempunyai hak untuk menghadkan peruntukan produk atau perkhidmatannya kepada mana-mana orang, wilayah geografi atau bidang kuasa dan/atau untuk mengehadkan kuantiti atau apa-apa produk atau perkhidmatan yang kami sediakan. Apa-apa tawaran untuk mana-mana produk atau perkhidmatan yang disediakan di laman web ini adalah tidak sah jika dilarang.
  12. Undang-Undang Terpakai
    Perjanjian Terma Penggunaan dan penggunaan laman web ini akan ditadbir di bawah undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira konflik prinsip dan undang-undang. Mana-mana tindakan undang-undang atau prosiding yang berkaitan dengan laman web ini akan dijalankan secara eksklusif di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia.
  13. Maklumat Lain
    Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini didapati bertentangan dengan undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan sedemikian hendaklah dipertimbangkan tanpa menjejaskan kebolehkuatkuasaan semua peruntukan yang lain. Pfizer mempunyai hak untuk mengubah atau membuang bahan dari laman web ini pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya.
Back to top