Polisi privasi

Polisi Privasi

Pfizer menghormati keperibadian anda dan kami memahami bahawa kesihatan adalah suatu subjek yang sangat peribadi dan persendirian. Polisi Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang kami mungkin mengumpul mengenai anda dari laman web yang dikaitkan ("Laman Web"); bagaimana kami menggunakan maklumat anda; bagaimana kami melindunginya dan pilihan anda mengenai penggunaan maklumat tersebut. Rujukan kepada "kami" atau "Pfizer", adalah rujukan kepada Pfizer Malaysia Sdn. Bhd. Lawatan anda ke Laman Web ini adalah tertakluk kepada Polisi Privasi ini dan Terma Penggunaan kami.

Kami mungkin meminta anda membekalkan kami dengan maklumat peribadi ketika membekalkan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda. Anda mungkin tidak dapat memperolehi produk-produk dan/atau perkhidmatan- perkhidmatan sedemikian sekiranya anda membuat pilihan untuk menahan pemberian maklumat peribadi yang tertentu.

Laman Web kami mengandungi pautan kepada laman web/ kandungan/perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang tidak dimiliki atau dikawal oleh Pfizer. Pfizer tidak bertanggungjawab untuk operasi atau penggunaan maklumat peribadi anda oleh pihak-pihak tersebut, dan kami menyarankan anda membaca polisi privasi dan terma yang berkaitan dengan pihak-pihak ketiga dengan teliti.

Polisi Privasi kami diaturkan kepada bahagian-bahagian berikut. Untuk akses serta-merta ke bahagian tertentu, klik tajuk yang berkenaan.

Maklumat yang kami Kumpul dan Guna
Bagaimana kami Menggunakan Maklumat Peribadi
Bagaimana kami Kongsi Maklumat Peribadi anda
Penggunaan 'Kuki' dan Peralatan Lain
Pengiklanan Kelakuan Dalam Talian dan Ikon Pilihan Iklan
Polisi-polisi Keselamatan
Pilihan Privasi Anda dan Pengemaskinian
Pemindahan Data kepada Negara-negara Lain
Privasi Kanak-kanak
Menghubungi kami
Kemaskini kepada Polisi Privasi kami

Maklumat yang kami Kumpul dan Guna

Kami mengumpul maklumat peribadi yang anda bekal kepada kami, contohnya ketika pendaftaran, permohonan dan tinjauan, dan berkaitan dengan pertanyaan anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memberikan nama anda, maklumat hubungan, kesihatan, insurans dan / atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan promosi, bantuan atau sokongan program pesakit atau percubaan klinikal. Pembekal penjagaan kesihatan boleh memilih untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan kepakaran mereka dan gabungan profesional.

Selain itu, kami mungkin mengumpul maklumat anda secara automatik melalui penggunaan Laman Web kami, contohnya, alamat IP anda dan navigasi anda dalam LamanWeb kami. Lihat juga, Seksyen di bawah bertajuk Kuki dan Peralatan Lain.

Dari semasa ke semasa, kami boleh menggunakan atau menambah maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda dengan maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga. Contohnya, kami mungkin menggunakan maklumat pihak ketiga untuk mengesahkan maklumat hubungan atau kewangan, untuk pengesahan pelesenan profesional jagaan kesihatan atau untuk memahami minat anda melalui pengaitan maklumat demografi anda dengan maklumat yang anda berikan.

Bagaimana kami Menggunakan Maklumat Peribadi

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda secara berikut:

Berkhidmat untuk Anda:

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menjawab pertanyaan anda dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta. Apabila anda membalas promosi atau penawaran perkhidmatan, kami akan menyediakan bahan-bahan yang anda minta serta komunikasi mengenai produk, jenama, topik kesihatan dan penyakit. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan kandungan dan perkhidmatan yang kami percaya adalah paling berkaitan kepada anda. Sebagai contoh, seorang pengguna wanita mungkin menerima maklumat mengenai produk yang disasarkan kepada wanita yang tidak dilihat oleh pengguna lelaki; pengguna yang kami tahu adalah seorang profesional penjagaan kesihatan yang merawat penyakit artritis mungkin menerima maklumat yang berkaitan dengan terapi penyakit artritis yang terbaru. Di samping itu, kami mungkin menggunakan pengecam peribadi untuk mengecaman anda apabila anda tiba di Laman Web melalui pautan luar, contohnya, seperti pautan yang terdapat di laman pihak ketiga atau dalam e-mel yang Pfizer hantar kepada anda. Lihat juga seksyen di bawah bertajuk Kuki dan Peralatan Lain. Kami juga akan menggunakan maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan dan sokongan.

Berkhidmat untuk Pihak Ketiga yang Anda Meminta Kami Untuk Berkhidmat:

Laman Web kami mungkin menawarkan pelbagai peralatan dan kefungsian. Sebahagian daripada ini adalah disediakan oleh Pfizer manakala yang lain disediakan oleh pihak ketiga. Sebagai contoh, Pfizer mungkin menyediakan kefungsian di Laman Web yang akan membolehkan anda untuk mengemukakan dan berkongsi kandungan tertentu dengan rakan atau rakan sekerja. Di samping itu, Laman Web juga boleh menawarkan kefungsian perkongsian pihak ketiga seperti widget / peralatan / butang media sosial pihak ketiga. Jika anda memilih untuk menggunakan kefungsian perkongsian Pfizer untuk merujuk seseorang kepada kandungan, produk atau perkhidmatan kami, kami akan menggunakan maklumat anda dan individu yang anda ingin berkongsi untuk menghantar kandungan atau pautan yang anda minta, tetapi kami tidak akan mengakses, menyimpan atau menggunakan maklumat yang berkaitan dengan individu tersebut selain dari bagi tujuan memenuhi permintaan anda. Jika anda menggunakan kefungsian perkongsian pihak ketiga, termasuk widget / peralatan / butang media sosial, penggunaan tersebut adalah tertakluk kepada dasar privasi dan terma pihak ketiga yang berkaitan. Seperti dengan semua pautan kepada laman web / kandungan / perkhidmatan bukan Pfizer, kami mengesyorkan anda membaca dasar privasi dan terma-terma yang berkaitan dengan pihak-pihak ketiga dengan teliti.

Untuk Mengesahkan Kebolehan Akses Anda / Pengunaan Produk, Perkhidmatan dan Maklumat tertentu:

Sesetengah produk, perkhidmatan dan maklumat yang kami tawarkan hanya bersesuaian dengan / boleh diakses oleh individu yang mempunyai kelayakan tertentu atau memenuhi kriteria lain. Dalam kes seperti ini, kami mungkin mengesahkan bahawa anda memenuhi kriteria tersebut. Sebagai contoh, maklumat tertentu yang berkaitan dengan produk-produk kami ditujukan kepada anda dan boleh diakses oleh profesional kesihatan berlesen dan kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpul secara langsung daripada anda dan dari sumber-sumber luar untuk mengesahkan perlesenan dan kelayakan anda untuk melihat maklumat tersebut.

Selaras dengan Syarat Program Khas:

Kadang-kadang, Pfizer mungkin menawarkan program-program khas, aktiviti, ujian klinikal, acara atau promosi melalui Laman Web ("Program Khas") yang mempunyai syarat-syarat tertentu, notis privasi dan / atau borang izin maklumat yang menerangkan bahawa apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami akan diproses untuk tujuan Program Khas ("Syarat Program Khas"). Pfizer akan menghormati Syarat Program Khas berkenaan dengan maklumat peribadi anda. Sebahagian daripada Program Khas mungkin melibatkan perkongsian maklumat dengan pihak ketiga dan Pfizer akan memberikan anda notis. Anda mungkin diberikan peluang untuk bersetuju atau memilih untuk keluar daripada perkongsian maklumat anda dengan pihak ketiga tersebut. Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu, anda mungkin perlu bersetuju dengan perkongsian maklumat anda dengan pihak ketiga untuk mengambil bahagian dalam Program Khas. Jika anda bersetuju / tidak memilih keluar, kami akan berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga; dan maklumat peribadi yang anda beri mungkin digunakan oleh pihak ketiga mengikut Syarat Program Khas dan, melainkan dinyatakan dalam Syarat Program Khas, untuk tujuan mereka sendiri mengikut dasar-dasar / syarat-syarat mereka. Kami menyarankan anda menyemak Syarat Program Khas dan mana-mana dasar-dasar / terma-terma pihak ketiga sebelum menyertainya.

Untuk Meningkatkan Produk dan Perkhidmatan dan Melindungi Pesakit dan Pengguna:

Kami menggunakan maklumat yang anda beri untuk memahami bagaimana produk dan perkhidmatan kami memberi kesan kepada anda dan sesiapa yang anda jaga, untuk menjejaki dan menjawab kepada kebimbangan keselamatan dan untuk membangunkan dan penambahbaikan produk dan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, anda mungkin dijemput untuk mengambil bahagian dalam tinjauan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami; profesional penjagaan kesihatan mungkin dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai program atau panel pakar. Di samping itu, kami menggunakan maklumat yang anda beri untuk mematuhi kewajipan pemantauan pengawalseliaan dan pelaporan kami termasuk yang berkaitan dengan peristiwa buruk, aduan produk dan keselamatan pesakit.

Untuk Mengenalpasti Sesiapa Yang Bermanfaat Daripada / Mengesyorkan Produk / Perkhidmatan Kami:

Dari semasa ke semasa, kami mencari individu, contohnya, pesakit, profesional penjagaan kesihatan, yang telah mendapat manfaat dari atau mengesyorkan produk dan perkhidmatan kami.

Dalam Bentuk Agregat atau Borang yang Tidak Diidentitikan:

Kami mungkin mengumpul dan / atau data yang tidak diidentitikan mengenai pelawat ke Laman Web kami untuk pelbagai tujuan perniagaan termasuk pembangunan produk dan perkhidmatan dan aktiviti penambahbaikan.

Bagaimana kami Kongsi Maklumat Peribadi anda

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda seperti berikut:

Berhubung dengan Pemindahan Perniagaan:

Jika kita menjual atau memindahkan unit perniagaan (seperti anak syarikat) atau aset (seperti laman web) kepada syarikat yang lain, kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat tersebut dan syarikat tersebut akan diwajibkan mengguna dan melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi ini.

Dengan Pembekal Perkhidmatan dan Rakan-rakan Perniagaan:

Kami mungkin melantik syarikat-syarikat dan individu-individu lain untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami dan kami mungkin bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan individu-individu lain untuk produk atau perkhidmatan tertentu (secara kolektif, "Pembekal"). Contoh Pembekal termasuk firma analisis data, syarikat-syarikat pemprosesan kad kredit, perkhidmatan pelanggan dan pembekal sokongan, pembekal perkidmatan e-mel dan SMS, syarikat perkhidmatan penghosan dan pembangunan web dan syarikat penunaian. Pembekal juga termasuk rakan perniagaan untuk produk yang telah kami bangunkan atau pasarkan bersama dan / atau syarikat-syarikat lain. Sesetengah Pembekal mungkin mengumpul maklumat bagi pihak kami pada Laman Web kami. Pihak-pihak ketiga ini mungkin diberi akses kepada maklumat peribadi yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi mereka, tetapi mereka tidak dibenarkan menggunakan maklumat tersebut selain bagi pihak kami dan tertakluk kepada kontrak yang melindungi kerahsiaan maklumat. Di samping itu, seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin berkongsi maklumat dengan pihak ketiga mengikut Syarat Program Khas melainkan anda memilih keluar / tidak bersetuju.

Untuk Mematuhi Undang-undang / Melindungi Anda:

Kami mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi anda dimana diwajibkan dibawah sisi undang-undang, apabila kami percaya bahawa pendedahan diperlukan untuk mematuhi peraturan kawal-atur, prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang dilaksanakan ke atas kami, atau untuk melindungi keselamatan, hak, atau harta pelanggan-pelanggan kami, orang awam atau Pfizer.

Dalam Agregat / Tidak Diidentitikan:

Pfizer juga mungkin mendedahkan data agregat atau data dimana individu tidak dapat dikenalpasti kepada pihak ketiga. Data agregat dicipta dengan mengumpulkan maklumat mengenai individu dan menerangkan data dalam agregat, contohnya, 20% daripada pelanggan yang klik pada promosi X mengambil bahagian dalam promosi ini.

'Kuki' dan Peralatan Lain

Pfizer dan rakan-rakan perniagaannya mengumpul maklumat mengenai anda dengan menggunakan "Kuki", penjejak piksel dan teknologi lain (secara kolektif, "Peralatan "). Kami menggunakan maklumat ini untuk memahami, menyesuaikan dan meningkatkan pengalaman pengguna laman web kami, perkhidmatan dan tawaran dan juga untuk menguruskan pengiklanan kami. Sebagai contoh, kita menggunakan perkhidmatan analisis web yang menggunakan peralatan ini untuk membantu kita memahami bagaimana pelawat melibatkan diri dan mengemudi Laman Web kami, contohnya, bagaimana dan bila halaman di laman web dikunjungi dan berapa ramai pengunjung. Kami juga mampu menawarkan pelawat kami pengalaman yang lebih khusus dan berkaitan di laman web kami dengan menggunakan Peralatan ini dengan menyampaikan kandungan dan kefungsian berdasarkan pilihan dan minat anda. Jika anda telah memberikan kami maklumat peribadi, contohnya, melalui pendaftaran atau permintaan bahan-bahan, kami mungkin mengaitkan maklumat peribadi ini dengan maklumat yang dikumpul melalui Peralatan. Ini membolehkan kami untuk menawarkan peningkatan personalisasi dan kefungsian.
Pelayar Web anda boleh ditetapkan untuk membenarkan anda untuk mengawal sama ada anda ingin menerima kuki, menolak kuki, atau dimaklumkan setiap kali sesuatu kuki dihantar kepada anda. Sekiranya pelayar anda ditetapkan untuk menolak kuki ,Laman Web yang membenarkan kuki tidak akan mengenal anda apabila anda kembali kepada Laman Web dan sesetengah kefungsian Laman Web tersebut mungkin lenyap. Bahagian Bantuan dalam pelayar anda boleh memberitahu anda bagaimana menghalang pelayar anda daripada menerima kuki. Untuk mendapati maklumat lanjut mengenai kuki, sila lawat www.aboutcookies.org.

Pengiklanan Kelakuan Dalam Talian dan Ikon Pilihan Iklan

Pfizer berharap untuk menyampaikan iklan bagi produk dan perkhidmatan yang anda perlu atau minat. Terdapat banyak kaedah pengiklanan dalam dunia pengiklanan dalam talian. Sebagai contoh, Pfizer bekerjasama dengan laman web yang telah anda berkongsi minat, keadaan dan kebimbangan secara langsung dan meminta kebenaran menyediakan iklan kami kepada pengguna-pengguna yang telah menunjukkan minat kepada produk Pfizer atau keadaan kesihatan yang produk kami dapat merawati. Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menyediakan iklan kepada anda berdasarkan aktiviti pelayaran web anda, pembelian dan / atau keminatan. Beberapa teknik untuk menyampaikan kandungan berdasarkan minat anda dirujuk sebagai pengiklanan kelakuan dalam talian ("OBA"). Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai OBA di tapak ditawarkan oleh industri pengiklanan Digital Advertising Alliance ("DAA") http://www.aboutads.info/.
Kami ingin anda memahami dengan mudah bagaimana kami dan rakan-rakan perniagaan kami menggunakan maklumat untuk menyediakan iklan yang khusus untuk anda dan bagaimana untuk memilih keluar dari penyasaran berdasarkan OBA. Untuk tujuan ini, kami telah melesenkan ikon Iklan Pilihan DAA, , dan bersetuju untuk mematuhi Program Kawalselia Persendirian DAA untuk OBA. Kami juga menyediakan anda dengan cara yang mudah untuk memilih keluar dari penggunaan maklumat anda untuk OBA. Selain itu, kami menawarkan penjelasan dalam bahasa yang mudah mengenai amalan kami dalam Polisi Privasi ini, dalam Notis Pilihan Iklan kami (dipaparkan di Laman Web kami di mana data dikumpul untuk tujuan OBA), dan di dalam iklan, yang ditawarkan berdasarkan OBA. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan/pertanyaan mengenai penggunaan OBA - atau penyertaan dalam Program Kawalselia Persendirian DAA, sila hubungi kami di [email protected]

Sebagai tambahan kepada pilihan pelayar dan pilihan unutk memilih keluar yang dinyatakan di dalam polisi ini, kami akan menyelia pemajuan untuk pilihan untuk tidak dikesan ("DNT") pilihan untuk pengguna dan kami akan mempertimbangkan penggunapakai tahap apabila ia dimuktamadkan. Pada masa ini, kami tidak akan mengubah amalan-amalan kami sebagai balasan kepada tetapan pelayar DNT. Untuk maklumat mengenai DNT, sila lawati www.allaboutdnt.org.

Polisi-polisi Keselamatan

Kami akan mengambil langkah-langkah teknikal, pentadbiran dan prosedural untuk melindungi maklumat peribadi dan maklumat lain daripada akses atau penggunaan yang tidak dibenarkan. Namun, tiada langkah yang berkesan secara 100%, oleh yang demikian, kami tidak menjamin bahawa maklumat peribadi dan maklumat-maklumat lain anda adalah selamat daripada kecurian, kehilangan, akses atau pengunaan yang tidak dibenarkan, dan kami tidak memberi representasi mengenai kewajaran, keberkesanan, atau kesesuaian langkah-langkah yang kami gunakan untuk melindungi maklumat tersebut. Pengguna bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda sendiri. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (contohnya, jika anda merasa bahawa keselamatan akaun yang anda mempunyai dengan kami telah dikompromi), sila -maklumkan kepada kami dengan segera dengan menghubungi kami di +603-2281 6000.
Maklumat peribadi (termasuk maklumat kesihatan) akan disimpan selama ia diperlukan untuk tujuan ia dikumpulkan. Tempoh di mana ia disimpan boleh dilanjutkan selepas melebihi hubungan perniagaan kami tetapi hanya akan dilanjutkan setakat untuk membekalkan kami maklumat yang mencukupi untuk membalas mana-mana isu yang mungkin timbul dan untuk mematuhi keperluan undang-undang terpakai dan keperluan peraturan-peraturan yang berkenaan. Selepas itu, maklumat anda akan dimusnahkan, dipadamkan atau dibuat tanpa nama supaya ia tidak boleh dikaitkan dengan anda.

Pilihan Privasi Anda dan Pengemaskinian

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi dan pilihan anda pada bila-bila masa. Komunikasi terhad mugkin diperlukan untuk memberikan anda peluang untuk mengambil bahagian dalam program atau perkhidmatan tertentu. Program dan perkhidmatan yang berbeza mungkin menawarkan nombor telefon, pautan atau pengurus pilihan yang berbeza untuk membolehkan anda memaklumkan kepada kami mengenai pengemaskinian dan pilihan anda, termasuk memilih keluar daripada komunikasi tertentu. Pilihan hubungan ini biasanya boleh didapati di Laman Web kami atau dalam e-mel atau teks yang kami hantar kepada anda, tetapi anda sentiasa boleh menghubungi Pegawai Privasi kami untuk bantuan di [email protected] (link menghantar e-mel) jika anda mempunyai sebarang kesukaran mencari peralatan ini atau sebaliknya, atau mengemaskini maklumat atau pilihan anda.

Pemindahan Data kepada Negara-negara Lain

Sebarang maklumat yang anda berikan kepada Pfizer melalui penggunaan laman web ini boleh disimpan dan diproses, dipindahkan dan diakses dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang mungkin tidak dapat menjamin tahap perlindungan maklumat peribadi yang sama seperti di mana anda tinggal. Walaubagaimanapun, Pfizer akan mengendalikan maklumat peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi ini tidak kira di mana maklumat peribadi anda disimpan / diakses, dan akan mematuhi undang-undang maklumat peribadi yang berkenaan.

Privasi Kanak-kanak

Kami komited kepada perlindungan privasi kanak-kanak. Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dengan sengaja.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan mengenai maklumat peribadi atau memerlukan bantuan dalam pengurusan pilihan anda.
Pfizer Malaysia Sdn Bhd
Pegawai Peribadi
Nombor Telefon: +603-2281 6000
Alamat E-mel:[email protected]
Level 10 & 11, Wisma Averis (Tower 2),
Avenue 5, Bangsar South,
No 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Pengemaskinian Polisi Privasi kami

Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengemaskini dan memaparkan semakan terkini kepada Polisi Privasi ini. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa dengan serta-merta selepas paparan Polisi Privasi yang disemak semula. Jika perubahan Polisi Privasi merupakan perubahan yang memberi kesan ketara kepada cara kami mengendalikan maklumat peribadi, kami tidak akan menggunakan maklumat peribadi yang terkumpul sebelumnya dengan cara yang dinyatakan di dalam polisi baru tanpa memberi notis dan / atau mendapatkan kebenaran anda, sebagaimana yang sesuai. Perubahan kecil kepada polisi ini yang tidak akan memberi kesan ketara kepada anda mungkin dibuat tanpa notis atau kebenaran anda . Kami menggalakkan anda menyemak laman ini dari masa ke semasa untuk maklumat terkini mengenai amalan privasi kami. Polisi Privasi ini dikemaskini sehingga tarikh kuat kuasa yang disenaraikan di atas.