Sumber rujukan saya

SUMBER RUJUKAN SAYA

Tidak mudah untuk kita fikir tentang rawatan atau sumber maklumat selepas mendapat diagnosis kanser payudara, terutama sekali jika anda baru mendapat diagnosis. Jika anda dapat tahu yang kanser anda yang dalam remisi telah kembali atau telah dijumpa dalam bahagian badan yang lain, ia boleh memberi impak besar kepada anda dari segi mental, fizikal, dan juga kewangan. Jangan lupa bahawa ada pelbagai sumber untuk pesakit kanser payudara mencari maklumat tentang penyebab dan kaedah mencegah kanser payudara, pusat rawatan, dan juga di mana anda boleh dapatkan sokongan.

PENYEBAB DAN KAEDAH MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Kanser payudara adalah panggilan lazim untuk ketumbuhan barah yang bermula dari dalam sel di sekeliling saluran dan cuping payudara anda. Penyebab utama kanser payudara masih belum jelas. Namun, kajian telah mengaitkan dan mengenal pasti beberapa faktor risiko kanser payudara dalam kalangan wanita seperti faktor hormon, gaya hidup, dan persekitaran yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini. Faktor yang lain termasuk:

  • Umur
  • Genetik
  • Sejarah individu
  • Kitaran haid awal
  • Menopaus lewat
  • Kehamilan pertama selepas umur 30 tahun atau tiada kehamilan sebelum ini.
  • Penggunaan kontraseptif oral
  • Pendedahan lama terhadap terapi hormon
  • Peningkatan berat badan berlebihan selepas menopaus.

SOALAN LAZIM

Adakah pemeriksaan sendiri payudara sebahagian penting daripada pencegahan kanser payudara?

Tiada kajian yang menunjukkan bahawa pemeriksaan sendiri payudara dapat mengurangkan risiko kanser payudara, tapi pengetahuan tentang bentuk dan keadaan payudara anda dalam situasi biasa boleh menyelamatkan nyawa anda dan menghalang kanser dari tersebar. Langkah pertama yang bagus dalam protokol pencegahan kanser payudara ialah dengan mendapatkan nasihat perubatan yang sesuai sebaik saja anda mengesan perubahan yang luar biasa terhadap payudara anda, terutama sekali jika anda dalam golongan berisiko tinggi.

Adakah diet saya boleh menjadi punca atau mencegah kanser payudara?

Diet seimbang dapat membantu menurunkan risiko kanser payudara dan beberapa jenis kanser lain. Secara amnya, diet atau pemakanan sihat boleh mengurangkan risiko penyakit lain seperti diabetes dan penyakit jantung.

Adakah gaya hidup saya boleh menaikkan risiko terhadap kanser payudara?

Kajian mendapati bahawa gaya hidup sedantari dan tidak sihat boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Peningkatan berat badan yang berlebihan membawa risiko kanser payudara kerana sel lemak menghasilkan estrogen dan jika anda terdedah kepada estrogen berlebihan untuk jangka masa yang lama, anda mungkin menghadapi risiko mendapat kanser payudara.

Adakah saya boleh mengurangkan risiko kanser payudara dengan senaman yang kerap?

Ada kajian yang mengaitkan senaman kerap selama 4 hingga 6 jam seminggu dengan pengurangan risiko kanser payudara. Senaman kerap dapat mengawal paras gula darah dan penghasilan insulin. Paras insulin yang tinggi telah dikaitkan dengan kanser payudara kerana ia salah satu daripada hormon yang mempengaruhi pertumbuhan sel payudara. Selain itu, individu yang bersenam dengan kerap biasanya mengekalkan berat badan yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak bersenam.

Kita perlu faham bahawa tidak ada jawapan kukuh mengenai penyebab dan cara mencegah kanser payudara. Individu yang tiada faktor risiko masih boleh mengalami kanser payudara, dan mereka yang berisiko mungkin tidak akan mengalaminya. Walaupun anda mungkin rasa tiada apa yang boleh dibuat untuk mencegah kanser payudara dengan efektif, pengesanan awal dan penilaian kesihatan tepat daripada pakar penjagaan kesihatan yang berkelayakan adalah antara cara terbaik untuk mencegah kanser payudara.

PERKHIDMATAN ONKOLOGI DI MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut dan sumber rujukan lain tentang kanser payudara metastatik. Ketahui lebih lanjut di halaman rawatan dan halaman sokongan kami

mbc_booklet_layout_2_r9bm-changes.jpgmbcbooklet4.jpg