Bantuan kewangan

MENDAPATKAN BANTUAN
SOKONGAN KEWANGAN

Kos penjagaan pesakit kanser mungkin menjadi beban kepada anda dan keluarga anda. Pihak Pfizer memahami bahawa menangani tangungan kewangan harian adalah amat membebankan.

Ketahui bantuan sokongan yang tersedia untuk anda.

Kami telah mengumpulkan maklumat mengenai program bantuan kewangan dan sumber-sumber yang telah disediakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang mungkin dapat membantu anda. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan perkhidmatan khusus yang tersedia untuk anda dan keluarga anda, sila berhubung terus dengan organisasi ini.

PROGRAM ANJURAN PFIZER

Program Bantuan Pesakit Pfizer (EMBRACE). Sekiranya anda pesakit kanser payudara metastatik (HR+/HER 2-), sila rujuk kepada doktor anda mengenai EMBRACE.

PROGRAM BUKAN ANJURAN PFIZER

Berikut ialah beberapa program bantuan kewangan lain anjuran organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang mungkin dapat membantu anda mendapatkan akses ubatan.

  • MAIWP (Baitulmal)
  • Skim
    Bantuan Perubatan
  • Lokasi
    Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Malaysia
  • Indikasi
    Sebarang jenis penyakit yang disahkan oleh institusi perubatan yang diiktiraf
  • Pusat Rawatan
    Semua
  • Kelayakan
    Warga Malaysia, beragama Islam, menetap di KL, Putrajaya dan Labuan, bergantung pada pengiraan had al-kifayah. Sila rujuk kepada www.maiwp.gov.my
  • Bantuan yang Disediakan
    Kewangan/ Peralatan
  • Jenis Skim
    Kerajaan
  • Maklumat lanjut
  • Breast Cancer Foundation
  • Skim
    Tabung Pesakit Kanser Payudara
  • Lokasi
    Malaysia
  • Indikasi
    Kanser Payudara
  • Pusat Rawatan
    Semua
  • Kelayakan Kewangan

    Pendapatan bulanan keluarga, Sumber kewangan, Aset yang dilupuskan, Lihat Kriteria

  • Kelayakan Tambahan
    Termasuk selepas rawatan, kanser sekunder yang berasal daripada kanser payudara
  • Bantuan yang Disediakan
    Bantuan kewangan berasaskan keperluan
  • Jenis Skim
    Swasta
  • Maklumat lanjut
    Pautan
    Hubungi
    23 Lorong Tanjung 5/4D, 46000 Petaling Jaya, Selangor.