Enable JavaScript to visit this website.

Homepage

MEMAHAMI DIAGNOSIS KANSER
PAYUDARA METASTATIK ANDA

Diagnosis kanser payudara metastatik tidak mudah untuk diterima. Anda perlu tahu yang anda tidak keseorangan. Kami di Thrive Malaysia (MY) juga akan menyokong anda dalam menempuhi cabaran ini. Di laman web kami, anda boleh dapatkan maklumat dan sumber untuk membantu memahami diagnosis anda dan rawatan yang tersedia, panduan untuk membuat pilihan, serta cara untuk meneliti kemajuan anda.

MEMAHAMI DIAGNOSIS KANSER PAYUDARA METASTATIK ANDA

Jika anda di diagnosis atau baru mendapat prognosis kanser payudara metastatik, penting untuk anda memahami apa yang anda akan hadapi. Thrive memberikan anda peluang untuk mengumpulkan maklumat tentang keadaan anda dan membantu anda memahami cara untuk dapatkan rawatan, cara untuk hidup dengan penyakit anda, dan cara untuk membuat pilihan yang tertentu sepanjang perjuangan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai fakta-fakta penting di halaman Thrive mengenai kanser payu dara metastatik.
 

 

Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kanser payudara dan diagnosis

SOALAN UNTUK DOKTOR
 

Diagnosis kanser payudara metastatik tidak mudah untuk diterima.Pastikan anda mendapatkan sumber yang tepat untuk membantu anda. ‘Soalan untuk doktor’ adalah panduan perbincangan yang membantu mewujudkan perbualan yang terbuka dan bermaklumat dengan ahli onkologi anda. Ia merangkumi soalan mengenai rawatan dan cara menangani kesan sampingan terhadap pekerjaan, perhubungan, dan sokongan emosi. Anda cuma perlu muat turun fail PDF dan cetakkannya untuk digunakan semasa janji-temu anda. Ia akan membantu anda mendapatkan jawapan yang anda perlukan.
 

Klik di sini untuk muat turun panduan perbincangan “Soalan untuk doktor”

SOKONGAN SELEPAS RAWATAN
 

Pesakit kanser payudara metastatik memerlukan sokongan untuk menjalani kehidupan. Carilah sokongan selepas rawatan untuk membantu anda menjalani kehidupan harian dan membantu menghubungkan anda dengan program tempatan dan komuniti dalam talian yang boleh memberi galakan dan sokongan emosi. Semua orang, termasuk kami di Thrive, sedia untuk membantu anda menjadi lebih kuat dan ceria. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai sokongan yang tersedia selepas rawatan anda, anda boleh layari laman web sokongan kami, atau hubungi kami.

 

Klik untuk mengetahui sokongan selepas rawatan

MENDAPATKAN BANTUAN SOKONGAN KEWANGAN

Kos penjagaan pesakit kanser mungkin menjadi beban kepada anda dan keluarga anda. Pihak Pfizer memahami bahawa menangani tangungan kewangan harian adalah amat membebankan. Dengan tujuan mengubah landskap sokongan rawatan kanser, Thrive menawarkan pelbagai bantuan kewangan dan sumber maklumat untuk membantu dalam rawatan anda.
 

 

 

 

Klik untuk mengetahui mengenai sokongan kewangan